Thursday, September 29, 2011

Kadayan Bangsaku


Asalamualaikum warahmatullah...
Bismillahi rahmanirahim...
Nama saya dalam FB/pisbuk ialah Kekwa Jutawarna, kalau mengikut istilah kadayan, nama ini tentulah tidak tersenarai dalam nama-nama kadayan. Walau bagaimanapun, ia ditulis dengan betul tanpa penyelewengan ejaan.
Didalam bangsaku kadayan, banyak sekali istilah-istilah yang jarang kita temui dimana-mana dewan bahasa, kerana bangsaku ini satu bangsa yang pada hakikatnya agak terpencil. Meskipun ramai tokoh-tokoh kadayan yang berjaya, jarang sekali kadayan digunakan sebagai bahasa pengantar...kerana, saya percaya ia agak mustahil. Ini dikuatkan lagi dengan petikan dibawah:-

 I come from a minority ethnic group called Kedayan (pronounced as Kadayan in local dialect). The Borneo Island is the ancestral land of the Kedayan,(Abdul Samat Kasah,2008)

Didalam mempertahankan bahasa kadayan supaya lebih dikenali oleh berbilang bangsa, dalam ertikata mempertabatkan bangsa kadayan dikalangan pengguna, dan generasi baru khususnya, kita selaku pemangkin hendaklah mengekalkan konsonan-konsonan bahasa, nahu yang betul malah ejaannya juga mestilah konsisten sehingga ia menjadi satu bahasa yang "standard", dihormati dan boleh digunapakai. Masalah ejaan ini bukan saja dihadapi oleh para penutur bahasa kadayan, tetapi juga dialami oleh bangsa-bangsa lain.

Cubalah gunakan bahasa Melayu baku. Elakkan bahasa rojak. Bukankah bahasa mencerminkan bangsa? Janganlah jadi seperti kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan. Jangan sampai bahasa Melayu menjadi anak tiri di buminya sendiri.(Resam Melayu,2010)

Dalam kita berbahasa kadayan, secara tidak kita sedari yang kita telah menggunakan bahasa "Rojak" dan ejaan rojak, contohnya "  indaku tahu pun vasal event 2! nda sawang pun invite kami !” keruntuhan bahasa ini bukan saja dirasai oleh bangsa kadayan, tetapi juga dirasai oleh bahasa lain, terutamanya bahasa melayu yang sudah sekian lama memperjuangkan bahasa kebangsaan kita.

 Baru-baru ini Resam Melayu membincangkan isu Melayu makan Melayu dalam ‘facebook’, rata-rata Melayu sendiri yang menjatuhkan Melayu dan sanggup melihat bangsa sendiri tumbang.
( Resam Melayu ,2010)

Pemahaman tentang kepentingan kita merealisasikan bahasa kadayan sebagai bahasa yang dikenali, terutamanya dikalangan generasi muda yang akan datang, marilah kita sama-sama membendung penyalahgunaan tatabahasa dan ejaan seawal mungkin, supaya ia tidak menjadi unar lalu melumpuhkan bahasa kadayan yang ingin dimertabatkan. Jangan indah hanya pada kata-kata, bukti perjuangan amat perlu untuk menarik kepercayaan masyarakat.

Pada dasarnya, jika ingin memertabatkan bahasa kadayan dan generasi kadayan, pemangkin itu sendiri hendaklah menunjukkan sikap-sikap yang positif dengan tidak membiarkan bahasa kadayan dinodai oleh perkataan-perkataan diperbaharui , yang pada lama kelamaan akan menjadi ikutan generasi muda dan yang akan datang. 
 

Sunday, May 22, 2011

Batah indaku kamaie.........

Ah...batah inda ku kamaie....
duniaku sampit lagi buntak.....oochh!
kasampatanku anie tah nganya yang ada....iissshhh!
kali, satakat anie nganya....adoi!!!!
uja dangan, tinggalkan tia mun inda babaloi....edieeehhh!

Ah...batah inda ku kamaie...
upanya langkahku sudah hampie tamat....huhu!
lamah sudah ku badiie, bila diie makin sandiie.....uhuuukkk!!!
upanya, pejuangan ku sia-sia nganya...kui..kui..kui!
hantap banaa payahnya dicapai....akukah yang putus asa???

Ah...batah inda ku kamaie...
aku inginkan bangsa ku wangi sewangi kekwa...baunya lembut, tidak puas dicium.....alaaaa!!!
aku mau semua bangsa tuut badudun....bia tia bajutawarna....eh!eh!eh!
Memartabatkan bangsaku sebagai bangsa yang dihormati....payahhhhh!!!
Kadayan yang menutokan bahasa yang manis lagi tepuji.....makin mustahil tia!!!!
siapa katah yang mamahamie????....aku sawang nganya lagi.....

Ah...batah inda ku kamaie...